ISTIKARAH DALAM CINTA

Angin dari gunung jerai menyentak remos rambutku. Sifat lemah-lembut dan mendayu-dayunya hilang hilang tiba-tiba.Angin itu mengarang,meradang dan sinis.Mengerkau rambutku dan pipiku.

"farid,saya nak awak faham.Antara kita sudah tiada apa-apa lagi..kita putus..OK"!
adriana seperti angin tadi sukar untuk diramal.Berang dan tanpa memberi alasan yang kukuh dia mahu putuskan hubungan percintaan yang terjalin selama dua tahun.Dia sedikit tidak merasa bersalah,sebaliknya keputusan itu baginya seperti burung yang bebas dari sangkar dan dapat terbang meliar..

Apa salah aku dihukum sebegitu?Aku dikatakan bukan lagi lelaki pilihannya.. Kejam! Aku selekeh,kolot.bodoh,miskin serta tidak ikut perkembangan. Itulah serba sedikit yang berjaya aku cungkil dari teman baik adriana.iaitu kartika.

Ah! cukup kartika,aku tidak rela lagi menjadi bahan cacian dan hinaan.Aku ada maruah diri.Lebih daripada itu maruah keluarga aku dipertahankan.Apa lagi yang perlu aku junjung dan pertahankan bagi kami golongan miskin selain dari maruah diri.Aku tidak menyangka adriana seperti itu. Selama bertahun-tahun aku sanggup menunggunya tapi inikah balasanya.Bukan balasan yang aku pinta tapi pengertian dari seorang gadis yang aku cintai.

"Sekiranya perpisahan yang dipinta aku relakannya.Aku tidak mahu menjadi lelaki dayus.Aku bukanlah lelaki yang baik untuk mengotakan janji janji- janji itu.Andainya dia mahukan gunung jerai ini ditukar kepada gunung kasih sayang aku bisa lakukan.Andai dia mengharapkan aku meluahkan selaut cinta sayangku seluas laut china selatan itu aku kotakan.Tapi yang dia mahukan kemewahan dunia semata-mata yang tidak kekal lama itu,Apa  boleh buat".

"Kau tidak boleh mengalah farid.kata kartika". "untuk apa aku perjuangkan cintaku ini sekiranya selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan". Baik aku redha saje dengan apa yang berlaku antara aku dan adriana.Dia berubah selepas dia pulang dari kuala lumpur."segalanya berubag kartika.Siapa aku padanyanya. soal farid". "Baik kau pergi dan berbincang baik-baik dengan adriana maybe dia ada masalah kat", Kartika masih mahu menyelamatkan cinta aku ini.

"Berbincang? Keputusan sudah muktamad untuk diputuskan.Aku tidak mahu digelar meroyan cinta.Bunga bukan sekuntum ". Ini buka  lahir dari hati aku tapi lahir dari kotak jiwa.

Semakin lama aku berjumpa dengan kartika aku rasakan hati ku berdengup kencang.Aadakah hadirnya lagi perasaan cinta?Suatu hari aku mengatakan apa yang tersirat didalam hati aku kepada kartika.Kartika diam membisu tanpa jawapan.Kartika mengirim SMS padaku mengatakan dia tidak mahu digelar perampas dan menikam kawan rapatnya sendiri dari belakang.Aku pengatakan padanya "Kartika kau bukan perampas" . Namun segala persoalanku terjawab pabila kartika menerima lamaran daripada aku.

Setelah 2 tahun mengikat tali pertunangan akhirnya mereka akan disatukan. Malam pekat itu dihiasi bintang kemilau,tiba-tiba aku disedari dengan bunyi mesej masuk ke telefon."Tahniah diatas kemenangan mengharungi derita yang saban hari menggugat jiwa. Aku menderita farid selepas perpisahan itu.Hidup aku lebih merana,Selama ini semua penyataan yang aku berikan hanya palsu. Aku dijual oleh bapa ku .Aku tidak suci lagi farid aku kotor,aku hina.Maafkan aku,Aku harap kau bahagia bersama kartika dan tolong jangan ceritakan hal ini pada sesiapa walaupun kartika kerana dia tidak tahu apa-apa.Dia memang pilihan yang tepat- Adriana". Ya allah berderau darak aku melihat teks mesej tersebut.

Malam penuh syahdu aku memohon pemilihan-mu menerusi pengetahuan-mu dan memohon kekuatan-mu menerusi kudrat-mu sebahagian dari limpah kurniaan-mu yang sangat besar.Sesungguhnya kau amat berkuasa sedangkan aku tidak, Sesungguhnya kau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya kau amat mengetahui segalanya yang ghaib.Ya Allah sekiranya engkau mengetahui segalanya yang baik bagiku,dalam urusan agamaku,juga dalam urusan kehidupanku dan natijah urusanku,kini dan akan datang maka elakkan dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana yang patutnya,kemudian jadikanlah aku meredhainya.

Adriana muncul dengan sebakul harapan manakala kartika mengharapkan  ketelusan dan kesetian dari aku. Untuk siapakah cinta ku ini? Ruapan doa selepas mengerjakan solat istikarah diharap memberikan jalan yang terang untuk aku memilih siapa yang layak menjadi pemaisuri hatiku.Aku mengetahui Allah tak akan menhgampakan doa hambanya yang selalu berdoa. Aku yakin dan pasti dengan Kebesaran-Nya.

Kompang pengantian dipalu.Bergema di sekitar rumah.Riuh rendah suara kanak-kanak menghujani majlis perkahwinan.pengantin perempuan sudah ada dihalaman rumah ditemani pengapit. Mukanya dihadangi dengan kipas tangan.Apabila kipas itu dibuka,pengantin perempuan itu bukanlah kartika tetapi Adriana.

     kerana cinta itu dalam kesucian solat istikarah..
                                                                                                                        


                          
SOLAT ISTIKARAH



Solat Sunat Istikharah adalah solat sunat yang didirikan untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Oleh itu kita memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.


NIAT
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"


DOA
"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

2 comments:

Anonymous said...

" SETELAH 2 TAUN MENGIKAT TALI PERTUNANGAN, AKIRNYA MEREKA DISATUKAN." << Kartika kah perempuan itu?

" PENGANTIN ITU ADALAH ADRIANA,BUKAN KARTIKA"

Siapa sebenarnya isteri Farid?

Puan annyssa said...

kartika adalah tunang farid tp yg menjadi isteri farid adalah adriana.

♥ Copyright© All Rights Reserved mowinkglory.blogspot.com ♥