NAsihat mak VS Nasihat BF

Hadir pula insan baru dalam hidup. Kekasih yang disayangi dan dicintai sepenuh hati.Ketika itu mulalah lupa diri. Ibu bapa entah ke mana.Sedangkan semasa kecil dahulu bagai menatang minyak yang penuh ibu bapa menjaga dan memelihara sehingga kita menginjak dewasa.Oleh itu, mana yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul?Kekasih hati atau ibu bapa kita?

Situasi 1:
Mak: Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.
Minah: Laa, Minah penat ni.
Mak: Hmm..Alahai anak aku.

****
Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?
Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).
Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).

Situasi 2:
Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam. Tak elok. Anak dara keluar malam. Apa kata dek orang nanti. Nanti jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah, mak jugak.
Minah: Mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun, nak jumpa mamat kejap je. Hish!
Mak: Alahai anak aku.

****
Mamat: Yang, abang hari ni duk jauh, ada kerja kat KL. Sayang kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pulak. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang.
Minah: Baiklah B, I ikut cakap you. Love you.


Situasi 3:
Mak: Minah, kenapa pakai baju ketat melekat ni? Malu mak tengok. Bahaya nak pakai macam ni, nanti orang lelaki gatal buat kacau.
Minah: Mak ni bising la. Orang taulah apa orang buat. Mak, orang dah masakla dengan perangai lelaki kat luar sana.
Mak: Alahai anak aku.

****
Mamat: Yang, you pakai jean and baju seksi ni cantik tau. Tergoda i tapi i harap you pakai macam ni depan i je boleh? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, bahaya yang.
Minah: Ops, ye ke you tergoda? Hehehe. Ok B. I akan pakai depan you je. Mulai hari ni, I akan ubah penampilan I demi you.


Situasi 4:
Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pulak romantik. Nak, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok nak.
Minah: Mak ni kan, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak? Orang cintakan Mamat. Biarlah, tau la zaman mak dulu tak ada handphone!
Mak: Alahai anak mak.

****
Mamat: Betul la. Abang tak ada perempuan lain, sumpah abang tak tipu!
Minah: B tipu, I nampak you jalan dengan betina tu! Tipu!!!
Mamat: Dahla, kalau tak percaya sangat putus jelah hubungan! Tak payah call-call and mesej-mesej dah!
Minah: ??????

                                         -The End-


Maka, di manakah keberkatan kita andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Tetapi, pesanan kekasih hati terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya.Oleh itu, kita fikirkanlah sendiri. Adakah kita mendambakan kehidupan yang bahagia atau merana?Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati. Ingatlah wahai rakan sekalian bahawa boyfriend itu hanya sementara sahaja manakala ibubapa kita akan utuh buat selamanya melalui perhubungan....

Wassalam sayang-sayang semua,,,

Puding karamel ^_^

masak oo masak... Best taw belajar masak... TERBAIK! Inilah cara anak dara yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan... Jom!

BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING

- 5 sudu besar gula
- 5 biji telur (2 biji daripadanya hanya diambil kuningnya sahaja)
- 450ml susu segar/ full cream
- satu sudu kecil esen vanilla

BAHAN-BAHAN UNTUK KARAMEL

-10 sudu besar gula (lebihkan jumlah gula sekiranya suka kuah karamel yang banyak)
- Air ( kurang daripada suku cawan air atau lebih mengikut jumlah gula)

CARA-CARA

- Sediakan karamel terlebih dahulu.

- Masukkan gula untuk karamel ke dalam periuk dan air sedikit demi sedikit. Air tidak perlu terlalu banyak tetapi jangan pula terlalu sedikit. Gunakan api yang sederhana besar, kacau gula didalam periuk tersebut sehingga berwarna keperang-perangan dan tidak terlalu pekat.

- Setelah itu tuangkan karamel yang telah berwarna perang tersebut kedalam loyang berbentuk bulat.

- Kemudian, di dalam satu mangkuk, pecahkan telur ( 2 biji telur hanya diambil kuningnya sahaja manakala 3 lagi biji telur digunakan semuanya termasuk putih telur) dan masukkan 5 sudu besar gula. Kacau sehingga sebati dan pastikan tidak begitu berbuih.

- Didalam periuk lain pula, panaskan 450ml susu dan tuangkan esen vanilla. Susu tersebut mestilah tidak terlalu panas. 

- Tuangkan susu yang telah panas tadi kedalam campuran telur dan gula didalam mangkuk tersebut. Kacau dan sebatikan.

Tuangkan campuran telur, gula dan susu tersebut ke dalam loyang berisi karamel. Tutup loyang dengan dua lapis aluminium foil dan masukkan ke dalam oven. Setkan suhu 160 darjah celcius dan tempoh masa 50 minit. Wajib lapikkan loyang tersebut dengan dulang pembakar yang telah diletakkan air agar permukaan puding tidak hangus.

p/s:  lepas tamat masa 50 minit, cuba buka aluminum foil dan cucuk puding menggunakan lidi atau garfu kalau puding tersebut masih cair tambahkan masa 15 minit dan bakar kembali. sekiranya puding tersebut kelihatan kenyal-kenyal (macam puding) bolehlah diangkat dan tunggu lebih kurang 30 minit sebelum disejukkan di dalam peti ais.. 

SEBELUM BERTUNANG

aSSalammulaikum dan selamat malam semua... Sihat tak? Harap-harap semua sihat yea..and always happy..
Today! saya tak berapa nak sihat.. EN.SELSEMA sedang menghampiri diri ini...So..accept jew lah.. hurmm..
Ok! stop now saya nak berkongsi sedikit info about " PERSOALAN SEBELUM PERTUNANGAN"yang saya amik dari "iluv islam".

Sesiapa yang ada rancangan nak bertunang mai la jengok kat sini dulu yea...mana la taw kowt-kowt persoalan yang bermain dikotak fikiran anda terjawab..hehe

" Persoalan sebelum pertunangan ini akan membongkar sedikit demi sedikit segala rahsia mengenai pasangan anda. Masa bercinta lain,Kentut pun wangi..hehe, Selepas berkahwin, busyuk cikit pun sudah dimaki hamun.. apatah lagi disepak terajang...Ini lah yang terjadi dalam rumahtangga.. Seram saya! "

 PERSOALAN SEBELUM PERTUNANGAN?

1. Apakah wawasan hidupnya?

-Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

-Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
 
-Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

-Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3.  Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
 
-Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

-Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

-Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

-Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

-Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

-Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

-Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

-Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

-Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

-Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

-Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

-Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

-Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

" Semua jawapan bagi persoalan diatas berada dalam tangan anda semua.. Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskan niat suci anda itu.."


               RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL 

BIARKAN AKU JATUH CINTA

 
tatap ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakan jantungmu

dan biarkan aku padamu
takkan menyesal hidup di dalam hidupku
rasa ini tulus padamu
dan kan ku biarkan sampai aku mati
biarkan aku jatuh cinta



pesona pada pandangan saat kita jumpa
biarkan aku kan mencoba
tak peduli kau berkata tuk mau atau tidak
tatap ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakan jantungmu

Alone`

aku rasakan dunia aku kosong

mana pergi semua insan yang aku sayang

kenapa pergi meninggalkan aku

teganya kamu

musnah harapan aku pada kamu

terima kasih 
♥ Copyright© All Rights Reserved mowinkglory.blogspot.com ♥