tutorial ~


assalammulaikum sang blogger setia or sang reader! Pagi yang indah ini saya akan berikan beberapa tutorial mengenai tudung...

                                







 OK! tutorial ini saya culik dari MR GOOGLE.... And credit to MRS BLOGGER yang buat tutorial ini...

tips:
- Anda juga boleh selitkan/ pinkan kerongsang untuk menambahkan anggun si pemakai.

- Jemu menggunakan keronsang formal anda juga boleh mengenakan kerongsang yang berbentuk aksesori kartun,daisy dan sebagainya untuk menampakkan anda lebih menyerlah.

- Matching warna tudung anda dengan warna baju anda agar tidak tampak terlalu kontra.

JANGAN TAKUT UNTUK BERFESYEN! BE UR SELF!

FATIN... aku dah upload tutorial hasil penculikkan aku kat MR.GOOGLE.... hehe

Mr hero & Mrs heroin Twilight

Saje gatai-gatai tangan upload picture "EDWARD" & "BELLA" dalam twilight... Memang macam agak ketinggalan tetapi saya nak upload jugak sebab saya minat.... Wah! romantisnya... Kalau macam nie la... saya juga mahu berpinta dengan puntianak tetapi mesti hensem macam " ROBERT PATTINSON"


 

 




 







 



 




                                                 

Artis mana masuk Nite Market~

 Hola sayang semua.... Sihat tak? hurmmm  rindunya nak menulis... Al-maklum la cibuk telah melanda diri ini... Dengan nak exam lagi Nak prepared for konvo lagi...hurmmm... Pusing kepala saya... ^_^

Tengok Title diatas [ ARTIS MANA MASUK NITE MARKET] haha... Nak story la nie..

Bermulanya kisah disuatu petang khamis...Kononya petang yang dihiasi dengan angin sepoi-sepoi language lew..
Biasa lew petang khamis,kawasan rumah saya mula sesak dihujani orang ramai berpusu-pusu ke pasar malam... Saya pun join la with my mum... Jalan punya jalan nampak la ada seorang mamat nie hensem la jugak... Aik! Camera?? ada Shooting kew?? Pelik juga..

Terkejut juga sebab ada ramai orang yang mengelilingi sesuatu objek ini...yang merupakan manusia... Artis kew? Takkan artis masuk pasar malam kat kola kedah kowt....  Alamak! saya kenal artis tu sebab saya selalu tengok dye kat tv.... BOB LOKMAN mai kola kedah!! hahaha dan mengedarkan risalah P?? ok! saya tak mahu teruskan ayat itu... Fine! next year kita nak mengundi kan so saya tahu kenapa dorang berbuat demikian..

Rimas saya.... Nak berjalan pun susah sebab ramai sangat yang nak autograf.... Ada pakcik tu tanya saya... " adik tengok tu... Dorang tu nak autograf bob lokman...adik tak nak kew? Rugi ooo.... " Dan saya membalas dengan senyuman comel serta berkata " tak rugi pun pakcik bukan dapat pahala pun.... kalau nak badan berpeluh boleh la..." haha... jahat kan saya..

p/s sowi sawi~

NAsihat mak VS Nasihat BF

Hadir pula insan baru dalam hidup. Kekasih yang disayangi dan dicintai sepenuh hati.Ketika itu mulalah lupa diri. Ibu bapa entah ke mana.Sedangkan semasa kecil dahulu bagai menatang minyak yang penuh ibu bapa menjaga dan memelihara sehingga kita menginjak dewasa.Oleh itu, mana yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul?Kekasih hati atau ibu bapa kita?

Situasi 1:
Mak: Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.
Minah: Laa, Minah penat ni.
Mak: Hmm..Alahai anak aku.

****
Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?
Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).
Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).

Situasi 2:
Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam. Tak elok. Anak dara keluar malam. Apa kata dek orang nanti. Nanti jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah, mak jugak.
Minah: Mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun, nak jumpa mamat kejap je. Hish!
Mak: Alahai anak aku.

****
Mamat: Yang, abang hari ni duk jauh, ada kerja kat KL. Sayang kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pulak. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang.
Minah: Baiklah B, I ikut cakap you. Love you.


Situasi 3:
Mak: Minah, kenapa pakai baju ketat melekat ni? Malu mak tengok. Bahaya nak pakai macam ni, nanti orang lelaki gatal buat kacau.
Minah: Mak ni bising la. Orang taulah apa orang buat. Mak, orang dah masakla dengan perangai lelaki kat luar sana.
Mak: Alahai anak aku.

****
Mamat: Yang, you pakai jean and baju seksi ni cantik tau. Tergoda i tapi i harap you pakai macam ni depan i je boleh? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, bahaya yang.
Minah: Ops, ye ke you tergoda? Hehehe. Ok B. I akan pakai depan you je. Mulai hari ni, I akan ubah penampilan I demi you.


Situasi 4:
Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pulak romantik. Nak, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok nak.
Minah: Mak ni kan, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak? Orang cintakan Mamat. Biarlah, tau la zaman mak dulu tak ada handphone!
Mak: Alahai anak mak.

****
Mamat: Betul la. Abang tak ada perempuan lain, sumpah abang tak tipu!
Minah: B tipu, I nampak you jalan dengan betina tu! Tipu!!!
Mamat: Dahla, kalau tak percaya sangat putus jelah hubungan! Tak payah call-call and mesej-mesej dah!
Minah: ??????

                                         -The End-


Maka, di manakah keberkatan kita andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Tetapi, pesanan kekasih hati terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya.Oleh itu, kita fikirkanlah sendiri. Adakah kita mendambakan kehidupan yang bahagia atau merana?Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati. Ingatlah wahai rakan sekalian bahawa boyfriend itu hanya sementara sahaja manakala ibubapa kita akan utuh buat selamanya melalui perhubungan....

Wassalam sayang-sayang semua,,,

Puding karamel ^_^

masak oo masak... Best taw belajar masak... TERBAIK! Inilah cara anak dara yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan... Jom!

BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING

- 5 sudu besar gula
- 5 biji telur (2 biji daripadanya hanya diambil kuningnya sahaja)
- 450ml susu segar/ full cream
- satu sudu kecil esen vanilla

BAHAN-BAHAN UNTUK KARAMEL

-10 sudu besar gula (lebihkan jumlah gula sekiranya suka kuah karamel yang banyak)
- Air ( kurang daripada suku cawan air atau lebih mengikut jumlah gula)

CARA-CARA

- Sediakan karamel terlebih dahulu.

- Masukkan gula untuk karamel ke dalam periuk dan air sedikit demi sedikit. Air tidak perlu terlalu banyak tetapi jangan pula terlalu sedikit. Gunakan api yang sederhana besar, kacau gula didalam periuk tersebut sehingga berwarna keperang-perangan dan tidak terlalu pekat.

- Setelah itu tuangkan karamel yang telah berwarna perang tersebut kedalam loyang berbentuk bulat.

- Kemudian, di dalam satu mangkuk, pecahkan telur ( 2 biji telur hanya diambil kuningnya sahaja manakala 3 lagi biji telur digunakan semuanya termasuk putih telur) dan masukkan 5 sudu besar gula. Kacau sehingga sebati dan pastikan tidak begitu berbuih.

- Didalam periuk lain pula, panaskan 450ml susu dan tuangkan esen vanilla. Susu tersebut mestilah tidak terlalu panas. 

- Tuangkan susu yang telah panas tadi kedalam campuran telur dan gula didalam mangkuk tersebut. Kacau dan sebatikan.

Tuangkan campuran telur, gula dan susu tersebut ke dalam loyang berisi karamel. Tutup loyang dengan dua lapis aluminium foil dan masukkan ke dalam oven. Setkan suhu 160 darjah celcius dan tempoh masa 50 minit. Wajib lapikkan loyang tersebut dengan dulang pembakar yang telah diletakkan air agar permukaan puding tidak hangus.

p/s:  lepas tamat masa 50 minit, cuba buka aluminum foil dan cucuk puding menggunakan lidi atau garfu kalau puding tersebut masih cair tambahkan masa 15 minit dan bakar kembali. sekiranya puding tersebut kelihatan kenyal-kenyal (macam puding) bolehlah diangkat dan tunggu lebih kurang 30 minit sebelum disejukkan di dalam peti ais.. 

SEBELUM BERTUNANG

aSSalammulaikum dan selamat malam semua... Sihat tak? Harap-harap semua sihat yea..and always happy..
Today! saya tak berapa nak sihat.. EN.SELSEMA sedang menghampiri diri ini...So..accept jew lah.. hurmm..
Ok! stop now saya nak berkongsi sedikit info about " PERSOALAN SEBELUM PERTUNANGAN"yang saya amik dari "iluv islam".

Sesiapa yang ada rancangan nak bertunang mai la jengok kat sini dulu yea...mana la taw kowt-kowt persoalan yang bermain dikotak fikiran anda terjawab..hehe

" Persoalan sebelum pertunangan ini akan membongkar sedikit demi sedikit segala rahsia mengenai pasangan anda. Masa bercinta lain,Kentut pun wangi..hehe, Selepas berkahwin, busyuk cikit pun sudah dimaki hamun.. apatah lagi disepak terajang...Ini lah yang terjadi dalam rumahtangga.. Seram saya! "

 PERSOALAN SEBELUM PERTUNANGAN?

1. Apakah wawasan hidupnya?

-Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

-Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
 
-Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

-Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3.  Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
 
-Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

-Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

-Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

-Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

-Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

-Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

-Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

-Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

-Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

-Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

-Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

-Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

-Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

" Semua jawapan bagi persoalan diatas berada dalam tangan anda semua.. Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskan niat suci anda itu.."


               RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL 

BIARKAN AKU JATUH CINTA

 
tatap ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakan jantungmu

dan biarkan aku padamu
takkan menyesal hidup di dalam hidupku
rasa ini tulus padamu
dan kan ku biarkan sampai aku mati
biarkan aku jatuh cinta



pesona pada pandangan saat kita jumpa
biarkan aku kan mencoba
tak peduli kau berkata tuk mau atau tidak
tatap ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakan jantungmu

Alone`

aku rasakan dunia aku kosong

mana pergi semua insan yang aku sayang

kenapa pergi meninggalkan aku

teganya kamu

musnah harapan aku pada kamu

terima kasih 

Edisi raya "11"

                                         



                                                                       
                                                                      

                                                                      


   

                                    




Bersuka ria bersama rakan-rakan yang "mental"hahaha.... anyway... tq so much Dan selamat hari raya untuk semua...hehehe...

3 cara meluahkan perasaan~

Tunjukkan penghargaan- Cara paling mudah untuk anda meluahkan perasaan cinta adalah dengan menunjukkan penghargaan kepada seseorang. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengekspresikannya. Ianya hanya terpulang kepada kreativiti anda sendiri. Salah satu contoh yang mungkin boleh diberikan adalah dengan memberikannya kad ucpan penghargaan, kata-kata yang merujuk penghargaan, tunjukkan rasa hormat kepadanya atau dengan memberikan hadiah. Ianya tidak seharus berbentuk meterialistik semata-mata, terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan anda.

Luangkan masa- Sekiranya anda sanggup untuk meluangkan masa terhadapnya, ia juga merupakan salah satu cara luahan perasaan yang terbaik. Terutamanya terhadap perhubungan yang melibatkan jarak jauh. Ianya bukan hanya boleh diaplikasi untuk pasangan bercinta sahaja, sebaliknya anda juga boleh menggunakannya sebagai luahan perasaan cinta kepada ibu bapa anda sendiri yang semestinya lebih penting dari segalanya. Disini anda perlu ingat bahawa wang bukanlah segala-galanya.

Memberikan sokongan- Disebalik kejayaan seseorang, pasti ada seseorang yang memberikannya seratus peratus sokongan untuk berusaha lebih gigih untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Sekiranya anda betul-betul mencintai seseorang itu, sentiasalah memberikan sokongan terhadap segala usaha yang sedang diusahakannya. Berkemungkinan berkat sokongan anda yang tidak putus-putas akan memberikan pulangan yang berharga bukan terhadap dirinya sahaja, tetapi diri anda juga. 


:)

cinta islamik?


Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

MAHABBAH NURILAHI

Ku mencari cinta nan suci,
Tanpa pengaruh nafsu duniawi,
Terasa sukar jalan yang ditempuhi,
Penuh liku dan onak duri...

Sudah lama ku mencari-cari,
Cinta yang suci tidak bertepi,
Setelah lama ku menghausi,
Akhirnya, cinta murni-Mu dimiliki hati...

Ya Allah, cinta-Mu...
Sungguh indah dan syahdu,
Ya Rahman, Kasih-Mu...
Mencairkan hatiku yang keras dan kaku...

Titisan hidayah-Mu penyejuk jawarih ini,
Dingin mengalir bagai dibasahi,
Ku cuba dekati, dan ku pasti,
Rahmat-Mu selautan mata air Firdausi...

Ya Allah, redha-Mu ku cuba suluhi ,
Agar ku bisa bertemu dengan-Mu nanti,
Moga redha-Mu mengiringi roh ini,
Menerusi cahaya mahabbah ilahi...

Tulang rusuk



WANITASiapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKIKamu!!!

WANITAMenurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan  masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.



Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?


WANITABaik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?


LELAKI: belum


WANITASaya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....


Nota Kasih Sayang


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah,  apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?

artikel:iluvislam

Gelora jiwa


 Cinta apakah tandanya
Jika egkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa








Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja
 





Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu

AURAT & BERTUDUNG

1.    Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.    Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….

3.    Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.    Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5.    Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.    Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.    Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.    Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9.    Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10.    Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11.    Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.

12.    Pakaian
– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. 


BERTUDUNG

Bertudung atau berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.
Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.
Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.
Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.



C.I.N.T.A

 
  Love comes to those who have hope,walaupun mereka telah dikecewakan kerana 
    Yang paling utama mereka still percaya akan kewujudan "CINTA".

Kepada mereka yang ingin mencintai,even mereka telah disakiti sebelumnya, 
    mereka harus menpunyai keberanian dan keyakinan untuk berjaya dalam           
    perhubungan. Kepercayaan still akan wujud TETAPI hanya 50% SAHAJA!

jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang. 
    Otherwise,ucapkanlah kata-kata cinta yang terbuku di benakmu sekarang, 
    sebelum ia terlambat.OK

 ok..kawan-kawan jumpa lagi... selamat malam!

PELUANG

Kenapa dalam kehidupan ini mesti ada satu ruangan ata u satu part dalam life yang dinamakan " PELUANG " . Kalau peluang itu tak wujud bolehkah manusia hudup dengan aman or sebaliknya. Hairan juga ku dibuatnya. PELUANG oh PELUANG . Sometimes, i hate that word. Ia umpama ayat pengharapan untuk diri sendiri pada seseorang. Kalau ia merujuk kepada perkara yang menbahagiakan itu kira " wah! dunia ini ada yang punya" namun kalau ia merujuk pada kekecewaan " dunia ana malap sudah umpama malaysia tiada belakAN eletrik" huhu. Confuse! Adakah layak seseorang itu diberi peluang? Ada yang mengatakan "YEA" & ada yang say "NO".

Maybe answer untuk itu bergantung pada situation. hurmm.. terfikir juga " tak nak kasi 2 or 3 peluang lagi kalau someone tu tak hargainya.. betul x?

PERSOALAN: PATUTKAH SAYA MEMBERI PELUANG KEPADA SOMEONE?

INI JAWAPAN SAYA: maybe yes and maybe no! Akan ku beri peluang pada seseorang pabila dia betul-betul hendak membuktikan apa yang dia cakap sebagai contoh " lamaran " ok. Peluang untuk dia akan ku berikan supaya si dia dapat membuktikan tanda kasih sayang dan cinta. tapi peluang itu akan betul-betul wujud pabila si dia melamar ku. but kalau si dia hanya main-main like main layang-layang.. GUDBYE la i said. Maybe ku accept si dia sebagai "friend" jew.

Sesungguhnya ku amat susah untuk memberi peluang kepada orang. Bukan tak nak bagi tapi perasaan "takut dan curiga" meguasai hati.. so apakan daya terima dengan hati yang terbula lew.. orit! Sejujurnya, peluang yang ku bagi pada someone itu bukan lah peluang untuk menbahagiakan ku TETAPI itu adalah peluang untuk someone itu membaiki kelemahan diri. SORRY MR ? BECAUSE TAK BERTERUS - TERANG,ku takut kamu akan selalu melakukan kesilapan lagi. TOLONG! Jangan ulanginya.

cinta dalam Diam

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....
Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...

Muslimah Vs Break up


Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta or couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam. Ini adalah ditegaskan didalam Hadis.



Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji yang palsu...yea.. palsu belaka!


Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah atau kaum hawa semua! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya. Insyallah



Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.


Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.


                                      
  

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:


1. Kembali kepada-Nya 
Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.


2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah 
-  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat 
Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.


4. Buang semua tentang si dia 
– Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.


5. Sibukkan diri 
Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.


6. Muhasabah diri 
Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang 
Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.


Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."


Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH iaitu PERKAHWINAN. Wallahua'lam.


" WANITA ITU SENDIRI ADALAH RAHSIA.NAFSU  MENGATAKAN WANITA CANTIK ATAS DASAR ILMU & KEPANDAIANNYA & HATI MENGATAKAN WANITA CANTIK ATAS DASAR AKHLAKNYA".
♥ Copyright© All Rights Reserved mowinkglory.blogspot.com ♥