Happy Day > kawan saya Tunang


Tangal 12/05/2012
Hari bersejarah buat kawan saya iaitu
zira & mirul..


nop wedding but engagment day la...



















Zira   Mirul

Anak & Tulang belakang


Seorang insan yang dilahirkan tanpa melihat seseorang yang amat penting disisinya. Dibesarkan tanpa kasih &
sayang dari seorang insan yang mempunyai ikatan yang kuat.

Tiba masa & ketika anak itu redha dengan apa yang ditakdirkan dalam kehidupannya kerana
ia menharapkan keajaiban. Adakah keajaiban itu akan berlaku?

Segala yang diuji kepada anak itu sungguh besar. Namun, anak itu bertanggapan bahawa semua
yang ditakdirkan dalam kehidupannya adalah kasih sayang dari Allah.

Kehidupan manusia sejak dilahirkan sudah tertulis & itu akan terjadi . YA!
Ia berlaku. Terima kasih Ya Allah.
Disebalik Kasih sayang yang engkau berikan terselindung satu soalan tanpa noktah.

Anak itu mencari tulang belakangnya yang selama ini hilang.. menyepi..lenyap..
tanpa khabar & berita..
JUMPA?

Ya.. Jumpa.. Namun tulang belakang itu tidak mengetahui siapakah anak itu?
Sedih menyelubungi hati anak itu? Berlari sejauh mungkin namun darah yang mengalir
di dalam badan anak itu & tulang belakang itu tidakkan putus walaupun benua yang memisahkan mereka.

Pergolakkan berlaku bagaikan perang dunia.. Ya allah ketemukan anak itu dengan insan( tulang belakang) itu.
Pertemuan tanpa dirancang kerana semua telah ditakdirkan.. bukan pertemuan bersemuka namun pertemuan
di telefon..

Panggilan pertama anak itu kepada tulang belakang itu.. ABAH! dan tulang belakang itu menyepi..
Anak itu berkata lagi.. " saya anak abah yang abah tinggalkan dahulu. Saya tetap cari abah walaupun
saya tidak pernah lihat abah atau bercakap dengan abah selama 26 tahun. Paling penting walaupun apa yang
berlaku saya sayang abah".. bertitisan mutiara indah membasahi pipi.

Senyap!! kenapa senyap? Jawab lah engkau rindu akan aku detik anak itu.. Ok.. itu lah jawab
tulang belakang itu.

Terima kasih abah.. kata terakhir seorang anak. Ya Allah! Anak itu memanjatkan rasa syukur kerana
mempertemukan tulang belakang nya yang selama ini hilang..Kukuh tulang belakang anak itu walaupun hanya sementara waktu bersuara.

Ceraikan saya! Ceraikan saya! pekik isteri tulang belakang itu. Jikalau abang terima anak pertama
abang dari perkahwinan dahulu.. abang ceraikan saya! Semua orang tak tahu yang dahulu abang tu duda! Saya malu! Jangan jatuhkan maruah saya!Abah! Aku seorang sahaja anak perempuan abah! Perempaun tu bukan kakak aku! Aku benci dia! Aku tidak boleh terima dalam hidup kita! Dasar perempuan perampas
kasih sayang abah aku! Jahanam punya perempuan! pergi mati! 

Kata-kata kesat seorang ibu tiri & adik kepada seorang anak yang bergelar kakak kepada adik-
adiknya. Apa dosa anak itu diperkatakan sedemikian rupa?

Bukan wang ringgit jadi sandaran anak itu. Namun anak itu hanya mahukan kasih sayang
dari tulang belakangnya itu.. 

Ya Allah apakah dosa anak itu sebagai anak? Anak itu pergi memohon maaf sekiranya
dia membawa masalah kepada tulang belakangnya..

Tanpa diduga kedatangnya tidak diundang. Lirikan masam mencuka bermain di muka 
keluarga tirinya.. Hoi! Perempuan pergi berambus sebelum aku bunuh kau baik
kau berambus! 

Anak itu berkata 'saya datang memohon maaf sekiranya saya menbawa masalah kepada keluarga abah
bukan niat saya untuk mengacau-bilaukan tapi saya berharap sangat agar kita
boleh bersatu menjadi family." Dasar tidak sedar diri. anak siapa entah la kau nie.. kata-kata
kesat dilemparkan kepadanya.

Anak itu mengelurkan sijil lahir & tertera nama serta No.ic  tulang belakang. Terkejut! 
Pangggg! satu penampar singgah dipipi anak itu.. maka jatuhlah anak itu & kepala anak itu
terkena bucu kerusi kayu mereka..

hahahaha! padan muka dengan anak haram ini.. mereka tertawa pabila melihat anak itu jatuh
tanpa mereka sedari darah mengalir laju dari kepala anak itu..

Ya Allah anak aku, apa yang kamu buat pada anak aku! anak! abah bersalah padamu!
abah sayang kamu! Tolong jangan tinggalkan abah! Tolong maafkan abah! Abah janji abah akan menjaga
kakak.. Abah tahu semua salah abah.. kakak hidup tanpa nafkah & kasih sayang seorang ayah..
..teriak tulang belakang itu.. 

Dipangkuan tulang belakang anak itu bekata" kakak sayang abah juga. abah tidak pernah melakukan dosa
pada kakak..Jangan la minta maaf kakak yang sepatutnya minta maaf kerana buat adik-adik & makcik marah.. maafkan kakak. "

Abah! Seandainya kakak pergi dahulu jangan lah abah kurangkan kasih sayang kepada mereka..
sayangi mereka kerana mereka permata yang indah kurniaan Allah untuk abah.
maafkan kakak abah! kakak sayang abah..Ya allah kenapa kau ambil anak aku! teriak tulang belakang itu! 

Kasih sayang seorang anak  & tulang belakang itu tidak akan putus walaupun di dunia anak itu tiada lagi.
kasih sayang & pertalian seorang anak & bapa tidak akan lenyap diakhirat.






Mak,Ibu,mama,ummi & sewaktu dengannya


Tak lama lagi " MOTHER DAY" kan so dah buy hadiah kew??
not yet kan.. hehe! 

MOTHER DAY > Hari Ibu bukan hanya bermakna dengan perkataan itu
namun lebih bermakna dengan pergorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada kita kan.

Tanpa ibu siapa lah kita.. Masa kita baby ibu lah yang menjaga,mengasuh,menyusu kita. Pengorbanan yang paling bermakna ialah ibu lah yang melahirkan kita..

Besar sungguh pengorbanan tersebut bayangkan seorang wanita melahirkan seorang manusia.
Masyallah! Ciptaan Allah itu begitu indah..bukan?

Bersyukur kerana kita dilahirkan ke dunia yang penuh dengan keajaiban. Maha suci Allah yang menjadikan semua ciptaan-Nya cantik & bermanfaat.. 

Ok> for new mummy i have a tips for u..

VITAMIN PENTING SEBELUM BERSALIN
B1 : Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.
B2 : Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
B3 : Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut – takut.
B4 : Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
B6 : Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.
6 Jenis Makanan yang Mempunyai Nutrien Tinggi
Menurut buku Panduan Pemakanan Sihat, terbitan PTS Publication Sdn Bhd, terdapat 6 jenis makanan yang mempunyai nutrien yang tinggi. Enam jenis makanan ini adalah:
1. Vitamin A
Contoh makanan:
  • Susu
  • Telur
  • Hati.
  • _____________________
2. Vitamin C
Contoh makanan:
  • Limau.
  • Betik.
  • _____________________
3. Kalsium
Contoh makanan:
  • Keju.
  • Sayur-sayuran yang mempunyai dedaun hijau.
  • Kacang soya
  • Susu.
  • _____________________
4. Asid Folik
Contoh makanan:
  • Kacang.
  • _____________________
5. Zat Besi
Contoh makanan:
  • Daging tanpa lemak
  • Kacang peas
  • Roti.
  • _____________________
6. Vitamin B Kompleks
Contoh makanan:
  • Ikan.
  • Susu.
  • _____________________

About Fruits Nutrition ♥


Selamat sore semua.. cepat-cepat datang kemari dong sayang..
this time cik kak nie nak bagi info about fruits nutrition..

So kepada sesiapa yang "HATE" fruits tu.. mai dok sat kat blog nie..
baca lu.. Pastu nyamiii!! fruits!! 
ok sayang 

ANGGUR
- Anggur dapat menggurangkan risiko kanser,strok,penyakit jantung & lupa ingatan
- Ia juga untuk antipenuaan & menjaga kesihatan saluran kencing

OREN
- Menjaga kesihatan jantung. penglihatan & antioksidan
- Menbantu memperkembangkan otak janin & mengawal tekanan darah

EPAL HIJAU/MERAH
- Mencegah kenaikan berat badan
- Menurunkan kolestrol & menentang kanser

PEAR
- Menjaga kesihatan kardiovaskular 
- Menyembuhkan luka & melawaskan sistem pencernaan

BUAH DELIMA
- Melindungi kelanjar prostat & penawar kepada penyakit nyanyuk
- Baik untuk ibu mengandung kerana mempunyai banyak zat-zat yang membolehkan kestabilan untuk para ibu & membantu menguatkan dinding rahim.

PISANG KAKI
- Melegakan sembelit & buasir

LOBAK MERAH/CARROT
- Menjaga penglihatan

MANGGA/PELAM
- Membantu sistem penghadaman

KIWI
- Membantu membaiki pernafasan kanak-kanak
- Menjaga kesihatan kolon & prostat

PISANG
- Menbantu sistem penghadaman
- Mengawal tekanan darah

TEMBIKAI SUSU
- Untuk mencantikkan kulit


> Jom kita makan!! haha banyak khasiat tuuu
Ok siaran tertunda lagi
Bye sayang! 
GUDNITE ✿ =)


♥ Copyright© All Rights Reserved mowinkglory.blogspot.com ♥