jodoh itu rahsia Allah ~

JODOH

Semua manusia diciptakan berpasangan bahkan haiwan juga begitu namun ada perbezaan
antara haiwan dengan manusia.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat unik biar kacak,cantik,
hodoh atau cacat sekalipun  manusia itu tetap indah.


jodoh --- > tidak mengenal rupa paras.. tidak mengenal darjat.. tidak mengira usia

Yang dikatakan jodoh itu adalah perhubungan yang mengikatkan antara dua hati menjadi satu..
tidak kisahlah apa jua keadaan pasangan / jodoh kita..

Jodoh juga adalah penyambung ikatan yang suci walapun jarak yang memisahkannya
namuan...

Andai itu jodoh.... ia tetap jodoh... 



 jika dia jodoh kamu ang tertulis di Luh Mahfuds pasti allah akan tanamkan rasa cinta

dihati dia & kamu .... seandainya kau catatkan dia miliku maka satukan hatinya dengan hatuku 

JUMAAT NAN INDAH



Salam jumaat yang indah  ..  untuk kaum adam yang hensem,kacak,macho,bergaya, tampan & sewaktu
dengannya adakah anda telah tunaikan kewajipan anda hari ini ?? kalau ' sudah " alhamdulilah..bagus lah
but kalau ' tidak "rugilah kamu.. :"( 
Memandangkan hari ini adalah hari jumaat yakni hari penghulu segala hari & hari yang paling diutamakan 
dari hari-hari yang lain ceq ada beberapa info untuk kita kongsi bersama mengenai " JUMAAT "

          

Hari jumaat memeliki beberapa keutamaan sepeti mana yang terdapat dalam hadis Nabi :

 Nabi Adam Alaihisalam diciptakan pada hari jumaat & pada hari jumaat juga ia diwafatkan. Selain itu,
         pada hari jumaat juga ia dimasukkan & dikeluarkan dari syurga.


 Hari kiamat juga akan berlaku pada hari jumaat seperti sabda nabi  & riwayat Aus Bin Aus
         Radhiyallah :

“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini .[HR Muslim, no. 854]

“Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan”

 Jumaat merupakan hari keistimewaan & mendapat hidayah yang Allah berikan kepada umat islam yang tidak diberikan kepada umat islam yang lain sebelumnya. seperti sabda nabi :

“Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani”.[HR Muslim, no. 855]

 Hari jumaat juga terdapat saat terkabulnya doa-doa terutama pada akhir-akhir siangnya setelah asar. seperti sabda nabi :

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852]


       

Perkara yang Disyariatkan pada hari jumaat :

 iaitu "SOLAT JUMAAT ". Allah S.W.T berfirman :

Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” [Al Jumu’ah: 9]

“Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya.” 

“Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik"

(Shalat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit”

Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at” [HR Ad-Daruquthni]. Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebu

“Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari”.

“(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar.” [HR Muslim, no. 233] . Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya.   

        

Antara kelebihan hari jumaat :

 PENGHULU SEGALA HARI

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

 SELAMAT DARIPADA FITNAH KUBUR 


Menurut Rasulullah SAW: Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

 KEBAIKAN DENGAN MEMOTONG KUKU

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 TERMAKBUL DOA DIANTARA DUA KHUTBAH

Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).






RAHSIA SEMBAHYANG

hye all..i"m back.. masih dalam mood kehilangan but redha dengan apa yang telah ditakdirkan.. :"(
ok.. Tak mahu sedih-sedih dah.. and now ceq  nak share something yang agak dan memang 
berguna untuk kita. 
RAHSIA SEMBAHYANG 


NIAT SEMBAHYANG
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

 BERDIRI BETUL
 Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita dalam kubur

 AL - FATIHAH
  Fadilatnya sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

 RUKU'
 Sebagai tikar di dalam kubur

 I"TIDAL
 Akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur

 SUJUD 
 Memagar kita ketika menyeberangi titian " SIRATOL MUSTAQIM "

 DUDUK ANTARA DUA SUJUD
 Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

 DUDUK ANTARA DUA SUJUD (akhir)
 Menjadi kenderaan ketika kita di padang mahsyar

 TAHHIYAT AKHIR
 Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukan oleh malaikat mungkar dan nangkir di dalam kubur

 SELAWAT NABI 
 Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

 SALAM
 Memelihara kita di dalam kubur

 TERTIB
 Akan mempertemukan kita dengan Allah S.W.T


" renung-renungkan & selamat beramal ' 
wsalam ( cik puan annyssa )

♥ Copyright© All Rights Reserved mowinkglory.blogspot.com ♥