Anak & Tulang belakang


Seorang insan yang dilahirkan tanpa melihat seseorang yang amat penting disisinya. Dibesarkan tanpa kasih &
sayang dari seorang insan yang mempunyai ikatan yang kuat.

Tiba masa & ketika anak itu redha dengan apa yang ditakdirkan dalam kehidupannya kerana
ia menharapkan keajaiban. Adakah keajaiban itu akan berlaku?

Segala yang diuji kepada anak itu sungguh besar. Namun, anak itu bertanggapan bahawa semua
yang ditakdirkan dalam kehidupannya adalah kasih sayang dari Allah.

Kehidupan manusia sejak dilahirkan sudah tertulis & itu akan terjadi . YA!
Ia berlaku. Terima kasih Ya Allah.
Disebalik Kasih sayang yang engkau berikan terselindung satu soalan tanpa noktah.

Anak itu mencari tulang belakangnya yang selama ini hilang.. menyepi..lenyap..
tanpa khabar & berita..
JUMPA?

Ya.. Jumpa.. Namun tulang belakang itu tidak mengetahui siapakah anak itu?
Sedih menyelubungi hati anak itu? Berlari sejauh mungkin namun darah yang mengalir
di dalam badan anak itu & tulang belakang itu tidakkan putus walaupun benua yang memisahkan mereka.

Pergolakkan berlaku bagaikan perang dunia.. Ya allah ketemukan anak itu dengan insan( tulang belakang) itu.
Pertemuan tanpa dirancang kerana semua telah ditakdirkan.. bukan pertemuan bersemuka namun pertemuan
di telefon..

Panggilan pertama anak itu kepada tulang belakang itu.. ABAH! dan tulang belakang itu menyepi..
Anak itu berkata lagi.. " saya anak abah yang abah tinggalkan dahulu. Saya tetap cari abah walaupun
saya tidak pernah lihat abah atau bercakap dengan abah selama 26 tahun. Paling penting walaupun apa yang
berlaku saya sayang abah".. bertitisan mutiara indah membasahi pipi.

Senyap!! kenapa senyap? Jawab lah engkau rindu akan aku detik anak itu.. Ok.. itu lah jawab
tulang belakang itu.

Terima kasih abah.. kata terakhir seorang anak. Ya Allah! Anak itu memanjatkan rasa syukur kerana
mempertemukan tulang belakang nya yang selama ini hilang..Kukuh tulang belakang anak itu walaupun hanya sementara waktu bersuara.

Ceraikan saya! Ceraikan saya! pekik isteri tulang belakang itu. Jikalau abang terima anak pertama
abang dari perkahwinan dahulu.. abang ceraikan saya! Semua orang tak tahu yang dahulu abang tu duda! Saya malu! Jangan jatuhkan maruah saya!Abah! Aku seorang sahaja anak perempuan abah! Perempaun tu bukan kakak aku! Aku benci dia! Aku tidak boleh terima dalam hidup kita! Dasar perempuan perampas
kasih sayang abah aku! Jahanam punya perempuan! pergi mati! 

Kata-kata kesat seorang ibu tiri & adik kepada seorang anak yang bergelar kakak kepada adik-
adiknya. Apa dosa anak itu diperkatakan sedemikian rupa?

Bukan wang ringgit jadi sandaran anak itu. Namun anak itu hanya mahukan kasih sayang
dari tulang belakangnya itu.. 

Ya Allah apakah dosa anak itu sebagai anak? Anak itu pergi memohon maaf sekiranya
dia membawa masalah kepada tulang belakangnya..

Tanpa diduga kedatangnya tidak diundang. Lirikan masam mencuka bermain di muka 
keluarga tirinya.. Hoi! Perempuan pergi berambus sebelum aku bunuh kau baik
kau berambus! 

Anak itu berkata 'saya datang memohon maaf sekiranya saya menbawa masalah kepada keluarga abah
bukan niat saya untuk mengacau-bilaukan tapi saya berharap sangat agar kita
boleh bersatu menjadi family." Dasar tidak sedar diri. anak siapa entah la kau nie.. kata-kata
kesat dilemparkan kepadanya.

Anak itu mengelurkan sijil lahir & tertera nama serta No.ic  tulang belakang. Terkejut! 
Pangggg! satu penampar singgah dipipi anak itu.. maka jatuhlah anak itu & kepala anak itu
terkena bucu kerusi kayu mereka..

hahahaha! padan muka dengan anak haram ini.. mereka tertawa pabila melihat anak itu jatuh
tanpa mereka sedari darah mengalir laju dari kepala anak itu..

Ya Allah anak aku, apa yang kamu buat pada anak aku! anak! abah bersalah padamu!
abah sayang kamu! Tolong jangan tinggalkan abah! Tolong maafkan abah! Abah janji abah akan menjaga
kakak.. Abah tahu semua salah abah.. kakak hidup tanpa nafkah & kasih sayang seorang ayah..
..teriak tulang belakang itu.. 

Dipangkuan tulang belakang anak itu bekata" kakak sayang abah juga. abah tidak pernah melakukan dosa
pada kakak..Jangan la minta maaf kakak yang sepatutnya minta maaf kerana buat adik-adik & makcik marah.. maafkan kakak. "

Abah! Seandainya kakak pergi dahulu jangan lah abah kurangkan kasih sayang kepada mereka..
sayangi mereka kerana mereka permata yang indah kurniaan Allah untuk abah.
maafkan kakak abah! kakak sayang abah..Ya allah kenapa kau ambil anak aku! teriak tulang belakang itu! 

Kasih sayang seorang anak  & tulang belakang itu tidak akan putus walaupun di dunia anak itu tiada lagi.
kasih sayang & pertalian seorang anak & bapa tidak akan lenyap diakhirat.






No comments:

♥ Copyright© All Rights Reserved mowinkglory.blogspot.com ♥