Wanita & Bulu kaki


Tengok tajuk post hari about " WANITA & BULU KAKI " . Saya percaya
50/100 wanita didunia memiliki bulu kaki.. But ada yang nipis,jarang dan bermacam-macam patten lagi la.. So kepada wanita yang tiada bulu kaki itu merupakan 1 bonus kecantikan yang anda miliki..
TAHNIAH! 
So bagi sesiapa yang mempunyai bulu kaki mesti tensionkan!! Sebab penampilan agak terbatas tambahan jikalau kita mengayakan .. :-(


Berbalik kepada topik asal.. saya nak berkongsi beberapa tips yang berguna untuk kita kongsi bersama.

BULU KAKI --> Menurut pakar mengatakan bahawa bulu kaki yang tumbuh dibahagian kaki wanita
berpunca daripada kadar testosteron yang tinggi & estrogen menjadi rendah. Ia menyebabkan bulu kaki tumbuh banyak.

cara - cara untuk menghilangakn bulu kaki
( sementara / melambatkan bulu kaki naik)

 BERCUKUR

- Bercukur merupakan cara paling popular yang dilakukan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa bercukur dapat melambatkan proses pertumbuhan bulu kaki. Sebenarnya pisau cukur yang digunakan boleh mempercepatkn pertumbuhan bulu kaki kerana ketajaman mata pisau cukur tersebut & ia juga menjadikan bulu kaki tumbuh dengan kasar.

Cara menggunkan pisau cukur dengan betul

- Basahkan kaki & letakkan sedikit sabun di bahagian kaki supaya melincikan permukaan
kaki anda untuk memudahkan proses pencukuran sekaligus mengelakan kulit dari luka.

- Pastikan Pisau cukur yang baru dan pastikan permukaan mata pisau cukur bersih. ( Jangan sesekali gunakan pisau cukur lelaki Ok!! better gunakan pisau cukur aloe vera untuk wanita)

- Untuk cara pencukuran yang betul. Anda seharusnya mencukur satu arah sahaja

- Jangan cukur dua arah kerana boleh menyebabkan bulu kaki tumbuh dengan kasar &
kulit menjadi merah serta gatai. SO jaga-jaga!

- Selepas bercukur basuh kaki anda & untuk kelembapan kulit anda digalakan sapu losyen baby johnson
^_^

PRODUK PENCUKURAN : veet!!


 MENCABUT BULU

- Mencabut bulu kaki agak menyakitkan tetapi kesan untuk bulu kaki tumbuh agak lama so untuk mengurangkan kesakitan anda disarankan meletakkan sedikit bedak diatas permukaan kaki & boleh memulakan proses mencabut bulu kaki.. 

 MELILIN

- Lilin yang panas dituang ke kulit.. Agak panas tetapi bulu kaki akan melekat  pada lilin & anda boleh tarik keluar. Ini merupakan cara tradisional.

 LASER

- keadah yang terbaik untuk menghilangkan bulu kaki. Ia mempunyai banyak kategori mengikut keadaan bulu kaki kita kerana ia akan diserap masuk ke kulit & Ia akan berperanan mematikan akar bulu kaki anda.

HUKUM MENCUKUR BULU KAKI

-  Untuk kepastian anda mengenai hukum mencukur bulu kaki

_______________________________________________________

tiada larangan  dari syarak untuk mencukur bulu kaki. Ini kerana dalam islam menitikberatkan
kebersihan.Jadi penjagan seluruh angota badan itu diutamakan. Larangan mencukur/menipiskan hanya untuk bulu kening sahaja. Apabila tiada larangan dari hukum syarak maka ia kekal diatas hukum HARUS!

 “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.).



TIPS CANTIK: Selepas anda mandi anda boleh terus memakai losyen kerana selepas
 mandi badan kita akan lembap so losyen akan meresap ke dalam kulit & ia akan memastikan kulit kita sentiasa lembap & selesa.. ^_^

GUD LUCK ALL DEAR!!

1 comment:

Anonymous said...

nice tips... thank you sis

♥ Copyright© All Rights Reserved mowinkglory.blogspot.com ♥